ketidakpuasan hati, jangan dipandang sepi
jangan diambil mudah, leraikan sebelum melarah
bara memakan sekam, ketidakpuasan hati menusuk sanubari

cinta bukan segalanya, perhubungan banyak rencahnya
ketidakpuasan hati, bisa meranapkan hati budi
menghilangkan selera, fantasi bertukar lara
silap bicara tak kena gaya, mendatangkan angin pula

ketidakpuasan hati antara punca
runtuhnya mahligai bahagia, antara sebab binasa cinta
andai kasih benar sejati, ketidakpuasan hati wajib diatasi








































puas hati lapang dada
sehaluan dua jiwa jalan sehala
kembara kasih insyaAllah kan sejahtera

IKHLAS BERTANDA TIADA DI MUKA 









IKHLAS BERTANDA TIADA DI MUKA

di balik cermin mata hitam warna
pandangan menyuruk di sana
gelisah jiwa rasa tak selesa
tiba-tiba tersenyum pula

sorotan mata
tertanya-tanya
dipandang apa
renungannya di mana

begitulah hati di balik wajah
begitulah fikiran di balik jelingan
tak siapa dapat membaca
hati nan ikhlas bertanda tiada di muka
tiada juga di balik kata-kata

bapaknya pulang dari kota
baru dengar ceramah katanya


bapaknya mula bercerita
anak-anaknya segera memasang telinga

panjang lebar berjela juga
emosi dan sound efek disertakan sama

terkebil-kebil tak faham-faham juga
anak-anaknya kini mula terpingga-pingga
tak faham sangat akan cerita dan duduk perkara
bukan kerana silap cara dan penyampaian bapak mereka
cuma yang mereka dengar dari mula
hanya mengutuk dan mengata
dengan serban masih di kepala
sesekali mengusap janggut perang warnanya
seolah mentarbiyah anak cara bersangka-sangka

perasan bapaknya anak mula hilang fokus
cuma tak tahu apa sebab punca utama
panas hati mula naik ke telinga
penat cerita rakyatnya tak masuk kepala

bingkas bangun terus capai tuala
asar nak abis apa tak cemas dibuatnya

hu aloo menate ni
tak dok air la pulok
komang punya gomen

Ramai orang sedang menanti. Ada yang demam ada yang terbatuk-batuk. Tidak kurang juga yang terbersin-bersin.

Saya tersandar di sofa sambil menutup mata dan memasang telinga. Takut-takut tak dengar pula nanti bila nama dipanggil.


Nur Amirah Syuhadah !! Masukk ....


Secara tiba-tiba saya menegakkan tubuh.. Sah cun giler ni, spontan bisik hati.


Saya terjengah-jengah untuk melhat wajah yang namanya baru saja dipanggil sebentar tadi.


Seorang nenek melangkah agak perlahan. Lengannya dipegang oleh cucunya, Saya mengagak.


Saya menyandarkan semula tubuh dan merapatkan mata kembali. Telinga juga turut sayang pasang semula.


Amirah Syuhadah ... sedap nama nenek tu..sah lawa giler agaknya sewaktu zaman anak-anak dara dahulu.


Versi Fesbuk


Nur Amirah Syuhadah ...


Ramai orang menanti, ada yang demam ada yang batuk-2, tak kurang juga terbersin-2 ...


Aku tersandar di sofa. sambil menutup mata, aku pasang telinga. takut-2 tak dengar pula nanti bila nama di panggil.


Nur Amirah Syuhadah !! masukk....


Aku pun tetiba menegakkan tubuh ku dari bersandar... sah cun giler nih...


Aku terjengah untuk melhat wajah nama yang baru saja dipanggil itu


Seorang nenek melangkah agak perlahan, sambil lengan nya di pegang oleh cucunya (aku agak lah)


Aku pun menyandar lalu menutup mata, dan telinga ku terpasang semula..


Amirah Syuhadah .. best nama nenek tu..sah lawa giler gaknye masa tgh anak dare dulu...



Seorang Tua Di MukaBuku
( salam hari raya )

di skrin komputer memfokus mata
seorang tua di mukabuku mencari idea
bakal dipostingnya sempena hariraya
sehari dua lagi yang bakal tiba

kawan-kawannya di mukabuku
ada remaja ada yang seusia
dari tadi menung mencari idea
apa nak tulis apa nak dicerita

agar senang hati yang membaca
agar menarik di mata remaja
agar menyentuh hati yang seusia
agar hadirin tak datang sekali cuma

sekonyong-konyong muncul idea
diklik photonya yang beraut tua
lalu diedit dengan perisian percuma
agar remaja tak terasa berbeza dunia
agar yang seusia tertarik pula hatinya

akhirnya siaplah sudah kad raya
kad raya siber diberi nama
tak cantik mana tapi bolehlah dibaca
ucapan salam raya bermaafan pada semua

Inspirasi seorang tua di mukabuku
berkawan mana yang setuju
berkongsi ilmu mana yang mahu
bercerita pada yang tak jemu
akan dirinya seorang tua di mukabuku 

Followers

Facebook Badge

Search This Blog